Pakar BM Kota Damansara BM Specialist Kota Damansara
BAGAIMANA PROGRAM DIJALANKAN?
- Melalui proses penggabungjalinan, beberapa kemahiran dapat dikuasai serentak. Cara ini juga dapat mengelakkan kebosanan dalam proses pembelajaran.
- Program pengayaan perlu diberi penekanan dalam Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah kerana keadaan murid yang berbeza dari segi kebolehan, keupayaan, bakat, dan minat.
- Program pemulihan disediakan untuk membantu murid menguasai kemahiran-kemahiran asas yang belum dapat dikuasai dalam tempoh masa yang ditetapkan.
- Pihak kami juga menjalankan penilaian berterusan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Hanya melalui proses penilaian berterusan dapat dipastikan jenis tindakan susulan yang perlu diambil ke atas seseorang murid, sama ada untuk menjalankan pemulihan atau pengayaan.
- Pelbagai teknik juga digunakan seperti teknik main peranan, bercerita dan permainan bahasa untuk mewujudkan suasana yang ceria.
Bimbingan Efektif…Sukses Terjamin.